Perdana Menteri Malaysia


Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad menjadi Perdana Menteri yang keempat Malaysia pada 16 Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun. Beliau dikenali sebagai "Bapa Pemodenan" di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malysia pada 31 Oktober 2003. Walau bagaimanapun, pada tahun 2016, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad muncul kembali di alam politik apabila beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menandingi Barisan Nasional. Pada tahun 2018, dalam satu kejutan politik, PPBM dan parti - parti bersekutunya, memenangi Pilihan Raya Umum ke - 14.  Pada usia 93, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad mencipta sejarah dunia apabila beliau dilantik sebagai individu yang tertua memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad menjadi Perdana Menteri ke - 7 Malaysia. 




1. Tunku Abdul Rahman Putra Al - Haj
- Perdana Menteri Malaysia Pertama
- Digelar sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia 
- Tempoh jawatan 31 Ogos 1957 hingga 22 Semptember 1970



2. Tun Abdul Razak Bin Huseein
- Perdana Menteri Malaysia Kedua 
- Digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia 
- Tempoh jawatan 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976



3. Tun Hussein Bin Dato' Onn
- Perdana Menteri Malaysia Ketiga 
- Digelar sebagai Bapa Perpaduan Malaysia
- Tempoh jawatan 14 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981



4. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
- Perdana Menteri Malaysia Keempat
- Digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia 
- Tempoh jawatan 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003



5. Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi 
- Perdana Menteri Malaysia Keelima
- Digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia
- Tempoh jawatan 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2oo9



6. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
- Perdana Menteri Malaysia Keenam
- Digelar sebagai Bapa Transformasi Malaysia
- Tempoh jawatan 3 April 2009 hingga 10 Mei 2018













No comments:

Post a Comment