Sunday, September 8, 2019


Pemasyhuran Kemerdekaan Malaysia 


     31 Ogos merupakan detik yang amat penting buat negara kita. Pada tahun 1957, tanggal tersebut merupakan tarikh kemerdekaan bagi Perseketuan Tanah Melayu (Malaysia) seperti yang dijanjikan oleh kerajaan british dalam Perjanjian London pada tahun 1956. Setelah Suruhanjaya Reid selesai digubal dan seterusnya dikuatkuasakan, Malaysia sudah cukup sedia untuk mula berkerajaan sendiri. Maka, pada tarikh 31 Ogos 1957, negara kita secara rasminya diisytiharkan  bebas dari kuasa asing. Satu pemasyhuran kemerdekaan dibuat khas untuk detik bersejarah itu bagi menunjukkan rasa bangga dan semangat patriotisme kepada tanah air yang dicintai. Pemasyhuran ini menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah pun dibebaskan daripada penjajahan British untuk selama-lamanya. 

30 Ogos 1957 
     Pada malam 30 Ogos 1957, ramai orang berkumpul di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur untuk menantikan detik 12.00 tengah malam yang menandakan kemerdekaan negara. Apabila jam menunjukkan waktu 12.00 tengah malam, bendera Union Jack yang berkibar di padang tersebut diturunkan oleh beberapa orang pemuda UMNO. Kemudiannya, mereka menaikkan pula bendera Persekutuan Tanah Melayu untuk menggantikan bendera British itu.
Peristiwa berikut disaksikan oleh ribuan rakyat negara dan mereka bersorak penuh kegembiraan sebaik sahaja bendera tersebut mencecah bumi. Mereka juga melaungkan "MERDEKA"untuk menandakan kemenangan rakyat yang terlepas daripada belenggu penjajah. Malam itu, sebilangan besar rakyat Tanah Melayu berada di Padang Kelab Selangor untuk menyaksikan bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah di puncak tiang. 

31 Ogos 1957
     Pemasyhuran kemerdekaan telah dilaksanakan dengan penuh gilang-gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Uniknya stadium tersebut  hanya siap dibina sehari sebelum pemasyhuran kemerdekaan diadakan. Bangunan ini dibina khas untuk upacara pengisytirahan kemerdekaan dan ia telah melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka. Ribuan rakyat datang membanjiri stadium tersebut. Setiap tempat duduk dipenuhi oleh mereka yang sanggup datang jauh untuk menyaksikan pemasyhhuran ini. Di pentas khas Raja-Raja Melayu yang segak dengan pakaian rasmi songket serta dipayungi dengan payung diraja, duduk bersemayam bagi menyaksikan pemasyhuran ini. Dengan bersama rakyat jelata. Duke of Wellington yang mewakili Ratu Elizabeth turut hadir dan bersedia dengan dokumen penyerahan kuasa. Beliau telah memulakan upacara hari itu dengan meyampaikan ucapan Ratu England. Setelah itu, beliau menyerahkan dokumen pengisytirahan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tunku Muhammad, ketua negara Persekutuan Tanah Melayu. Peristiwa ini menandakan pemulangan semula kuasa politik negara kepada pemerintah tempatan setelah diperintah beratus tahun lamanya oleh penjajah. 


Pengisytiharan Kemerdekaan


     Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditetapkan, Tunku Abdul Rahman telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengisytiharan kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

     Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Akar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormatan. Dato' Abdul Razak adalah Timbalan Pengerusi, JawatanKuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku Abdul Rahman sendiri adalah pengerusinya.

     7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Abdul Razak menelefon Tunku Abdul Rahman dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-Raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pemandangan. Perabot dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku Abdul Rahman telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain sampin, berselitkan keris bersarung gading di pinggang serta bertengkolok songket, Tunku Abdul Rahman menantikan saat untuk bertolak.

     Di Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan bapa saudara Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. Raja-Raja MElayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning. Yang Di-Pertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku Abdul Rahman dan di kanannya Duke. 

     Duke kemudiannya menyerah Instrumen Kemerdekaan yang sama merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu. Tunku Abdul Rahman kemudiannya membaca pengisytiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dengan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari satu perjuangan yang suci.

     Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya. Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan iar mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki. 


Keadaan di Stadium Merdeka ketika pengisytiharan kemerdekaan 



No comments:

Post a Comment